- Details
- Bil. Capaian: 1486
COPYRIGHT : DO’S AND DON’TS
Pada 24 September 2021 Pusat Pemindahan Teknologi dan Pengkomersialan (TTC) telah menganjurkan webinar yang bertajuk COPYRIGHT : DO’S AND DON’TS yang disampaikan oleh Pn Noorfarrawiza Binti Mohamed Zabidi dari MyIPO. Webinar ini adalah percuma kepada semua staf UPNM dan ditujukan kepada mereka yang berminat untuk bercakap tentang cabaran hak cipta pada masa semasa dan cara untuk menanganinya. Seramai 80 orang peserta telah mengikuti webinar ini yang telah diadakan dari jam 10.00 pagi sehingga jam 12.00 tengahari. Objektif seminar ini adalah untuk memberi pendedahan dan kefahaman yang optimum kepada penyelidik khususnya berkenaan hak cipta.
- Details
- Bil. Capaian: 9613
KATA-KATA ALUAN
PENGARAH
Dunia akademik hari ini adalah semakin mencabar dalam menghasilkan inovasi berimpak tinggi yang boleh dikomersilkan dan dimanfaat oleh industri dan masyarakat. Seiring dengannya, UPNM perlu berusaha keras untuk mendepani proses tersebut agar dapat memastikan kejayaan, kelestarian dan kecerlangan UPNM menerusi pengurusan pengkomersialan produk penyelidikan dan inovasi lebih terfokus, efisien, teratur, berkualiti dan professional.
Pusat Pemindahan Teknologi dan Pengkomersilan (TTC) berperanan menjadi jendela kepada industri dan masyarakat untuk melihat hasil inovasi penyelidik dengan lebih dekat. UPNM menjanjikan ruang penerapan intelektual yang amat luas umpama tiada bersempadan, sambil didokong oleh asas penyelidikan yang mampan serta penemuan terbaru.
Menjadi peranan TTC agar pembangunan aktiviti penyelidikan berimpak tinggi ditingkatkan kearah tanda aras Universiti bertaraf dunia melalui pembudayaan pengkomersialan dan pembangunan hasil penyelidikan berkualiti serta menggalakkan penghasilan inovasi baru yang mantap dan komprehensif.
Pengarah
Pusat Pemindahan Teknologi dan Pengkomersialan
- Details
- Bil. Capaian: 2309