- Details
- Bil. Capaian: 553
20 November 2024 | WTC – Bertempat di Bilik Tioman, World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL), satu Sesi Perkongsian Ilmu oleh Profesor Adjung Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), YBhg. Komander (K) Prof. Dato’ Sri Dr. Hj. Irmohizam bin Ibrahim (TLDM) yang juga merupakan Group Managing Director WTCKL telah diadakan. Sesi perkongsian yang bertajuk “Transformational Leadership: Inspiring Change and Innovation in the Workplace” ini telah dihadiri oleh para pentadbir dan pelaksana di bawah Pejabat TNC (AA) yang diketuai oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Norhasni binti Zainal Abiddin, Penolong Naib Canselor (Pembangunan dan Kualiti Akademik).
Perkongsian ini telah diadakan bermula jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 11.00 pagi. Objektif utama perkongsian ilmu ini diadakan adalah untuk melengkapkan para pentadbir dan pelaksana di bawah Pejabat TNC (AA) dengan kemahiran, pengetahuan dan perspektif yang diperlukan untuk memacu perubahan bermakna dalam organisasi. Segala ilmu dan pengalaman yang telah dikongsikan sememangnya memberi banyak manfaat kepada para pentadbir dan pelaksana, terutamanya dalam memberikan panduan tentang bagaimana untuk menjadi pemimpin yang berkesan yang dapat menggalakkan perubahan dan inovasi di tempat kerja.
- Details
- Bil. Capaian: 597
19 November 2024 | UPNM – Bersempena dengan sambutan Hari Integriti, Kualiti dan Undang-Undang Peringkat Universiti Pertahanan Nasional Malaysia Tahun 2024 (IQLUPNM 2024), Bahagian Undang-Undang, Unit Integriti dan Bahagian Jaminan Kualiti dan Pengurusan Data (BJKPD) telah menganjurkan sesi Bicara Undang-Undang: “Hak-Hak Pengguna Dari Sudut Perundangan”. Sesi ceramah tersebut telah disampaikan oleh Cik Saraljames Maniam & Puan Maizatul Aqira Ishak daripada Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional dan FOMCA. Peserta program terdiri daripada staf dan pelajar serta disaksikan juga oleh peserta daripada Universiti Awam yang lain menerusi laman sosial rasmi UPNM.
- Details
- Bil. Capaian: 1519
- Details
- Bil. Capaian: 1054
15 November 2024 | UPNM – Kesatuan Kakitangan Sokongan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (KESUPNA) dan Angkatan Mahasiswa Anti Rasuah (AMAR UPNM) telah menganjurkan Campus Walk Integrity Challenge 2024 @UPNM yang merupakan salah satu daripada aktiviti yang dilaksanakan sempena IQLUPNM 2024. Program ini turut mendapat kerjasama daripada Unit Integriti, Bahagian Jaminan Kualiti dan Pengurusan Data (BJKPD) dan Bahagian Undang-Undang (BUU).
- Details
- Bil. Capaian: 1659
12 November 2024 | UPNM – Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan (FPPP) dengan kerjasama Pejabat Kedutaan Emiriah Arab Bersatu (UAE) di Malaysia telah menganjurkan Wacana Akademik “Microorganisms as A Health and Safety Threat: Realities and Consequences of Progress and Misuse of Science, Epidemics and Pandemics, Climate Change, Migration and Bioterrorism - What We Have Survived and What Awaits Us” yang disampaikan oleh Prof. Dr. Elizabeta Ristanovic, Republik Serbia, Kementerian Pertahanan Akademi Perubatan Tentera, Belgrade. Seramai 79 orang peserta yang mengikuti wacana tersebut di Pusat Marin.
Wacana akademik ini dirasmikan oleh YBhg. Prof Ts. Dr. Hj Azizi bin Hj Miskon TNC (Penyelidikan dan Inovasi) dan turut dihadiri oleh H.E. Dr. Mubarak Saeed Al Dhaheri, Duta UAE ke Malaysia serta barisan pengurusan tertinggi.
More Articles ...
- Forum Kepimpinan “UPNM Mendepani 2025 Dalam Wadah Malaysia Madani”
- Bicara Undang-Undang Bagi Sambutan Hari Integriti, Kualiti dan Undang-Undang
- Majlis Perasmian Sambutan Hari Integriti, Kualiti dan Undang-Undang Peringkat Universiti Pertahanan Nasional Malaysia Tahun 2024 (IQLUPNM 2024)
- Program Temu Anwar @ UPNM