17 JULAI 2025 | UPNM: Lebih 700 pelajar UPNM penuhi Dewan Zulfaqar bukan untuk duduk diam, tapi untuk buka mata dan buka suara. YB Hannah Yeoh turun padang bukan sekadar beri syarahan, tapi peringatan.
Zaman dah berubah. Dulu kita berpersatuan, sekarang semua online. Meeting pun boleh dari telefon. Tapi scammer pun online.
Dan tak kurang juga yang terperangkap dengan kandungan yang tak sepatutnya. Mula dengan suka-suka. Lama-lama jadi ketagihan diam-diam.
Kata YB Hannah, literasi digital hari ini bukan lagi pilihan. Kita tak boleh harap anak muda “pandai sendiri”. Mereka perlu pendedahan, bimbingan supaya teknologi jadi alat, bukan jerat.

![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Dalam sesi Rakan Muda Turun Kampus, suara mahasiswa UPNM didengar.
Dan dalam sesi yang sama, termeterai Letter of Intent (LoI) antara UPNM & MSN bagi membuka lebih banyak akses pendidikan tinggi untuk atlet dan jurulatih negara menerusi Work-Based Learning (WBL) dan laluan APEL.A.
Dunia mungkin berubah. Tapi soal keselamatan, jati diri dan masa depan tetap perlu dijaga.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |