11 APRIL 2026 | MELAKA: UPNM hari ini melaksanakan Majlis Penyerahan Projek Program Kampung Angkat MADANI di Kampung Alai, menandakan kejayaan pelaksanaan inisiatif pembangunan komuniti secara menyeluruh. Majlis disempurnakan oleh Lt Jen Datuk Wira Arman Rumaizi bin Hj Ahmad, Naib Canselor UPNM yang juga merupakan anak jati Kampung Alai, menjadikan pelaksanaan ini lebih dekat dan bermakna kepada komuniti setempat.
Turut hadir YB Datuk Wira Abdul Razak bin Abdul Rahman, EXCO Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya Negeri Melaka, yang mencerminkan sokongan dan keterlibatan kerajaan negeri dalam menjayakan agenda pembangunan komuniti melalui Program Kampung Angkat MADANI.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Dengan nilai keseluruhan RM1 juta, pelaksanaan ini merangkumi pelbagai skop pembangunan termasuk pembinaan gelanggang futsal berbumbung, naik taraf kemudahan karpet dan sistem CCTV Masjid Al-Falihin, pemasangan lampu di tanah perkuburan Islam baharu, pembaikan bumbung gerai ekonomi serta pembinaan tugu di simpang masuk Kampung Alai. Inisiatif ini turut diperkukuh melalui pelaksanaan program pembangunan pendidikan pelajar di Sekolah Kebangsaan Alai, program pemeriksaan dan aktiviti kesihatan kepada komuniti serta penyerahan sumbangan kepada JPKK, sekolah dan golongan asnaf.
Kejayaan ini memperlihatkan keupayaan UPNM sebagai pelaksana yang bukan sahaja merancang, tetapi berjaya menterjemahkan dasar kepada tindakan berimpak di lapangan selari dengan sokongan dan kerjasama pelbagai pihak. Apa yang diserahkan hari ini bukan sekadar projek, tetapi kemudahan yang digunakan, persekitaran yang ditambah baik dan kesejahteraan yang mula dirasai oleh komuniti.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |




























