23 APRIL 2025 | UPNM: Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri Peringkat UPNM berlangsung dalam suasana penuh keceriaan di Dewan Zulfaqar, UPNM. Kehadiran hampir 3,000 orang tetamu terdiri daripada warga UPNM, wakil-wakil Kementerian Pendidikan Tinggi, Kementerian Pertahanan, Universiti Awam, Lembaga Pengarah Universiti, rakan-rakan strategik industri dan akademik serta alumni. Suasana yang meriah ini bukan sahaja mengeratkan silaturahim, tetapi juga mencerminkan semangat kebersamaan dan kegembiraan dalam menyambut Syawal bersama seluruh keluarga besar UPNM.
Turut sama menyantuni para jemputan ialah Naib Canselor UPNM, YBhg. Lt Jen Datuk Arman Rumaizi bin Hj Ahmad bersama barisan Pengurusan Tertinggi Universiti.
22 APRIL 2025 | KUALA LUMPUR: Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) sekali lagi memperolehi pengiktirafan secara rasmi sebagai salah sebuah universiti pilihan majikan 2025 berdasarkan Indeks Kebolehkerjaan Siswazah Nasional (Indeks GE) Talentbank 2025 (Penarafan 6 Bintang).
Anugerah “Employers’ Choice Award 2025” berkenaan disampaikan oleh Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud kepada YBhg. Lt Jen Datuk Arman Rumaizi bin Hj Ahmad, Naib Canselor UPNM dalam majlis penyampaian anugerah Employers’ Choice Award Talenbank 2025 yang berlangsung di EQ Kuala Lumpur hari ini.
Kejayaan ini selaras dengan pencapaian gemilang UPNM mengekalkan peratusan tertinggi Kadar Kebolehpasaran Graduan iaitu 99% dan Kadar Bekerja Graduan 99.1%. Pengiktirafan terhadap kebolehpasaran graduan UPNM membuktikan keberkesanan pendekatan pendidikan holistik yang merangkumi aspek akademik, kepimpinan, disiplin dan kemahiran insaniah, sekali gus mencerminkan keupayaan UPNM dalam menyumbang kepada pembangunan modal insan negara yang berkualiti dan berintegriti. Tahniah dan Syabas UPNM.
19 MAC 2025 | UPNM: UPNM telah melaksanakan Majlis Berbuka Puasa Perdana yang diserikan dengan kehadiran YBhg. Tan Sri Syed Azman bin Syed Ibrahim, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti (LPU) yang disambut oleh YBhg. Lt Jen Datuk Arman Rumaizi bin Hj Ahmad, Naib Canselor UPNM.
Turut sama hadir hari ini adalah Ahli LPU, barisan Pengurusan Tertinggi Universiti, jemputan luar, staf dan pelajar. Majlis tahun ini mempunyai nilai dan kelebihan majlis ilmu apabila Ustaz Mohammad Wadi Annuar hadir dan menyampaikan Kuliah Ramadan untuk semua warga UPNM.
Majlis yang diuruskan oleh Pejabat Pendaftar ini melibatkan 7 jawatankuasa kerja yang dibentuk iaitu, Jawatankuada Kewangan oleh Pejabat Bendahari, Jawatankuasa Logistik oleh Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan, Jawatankuasa Jamuan oleh Pusat Asasi Pertahanan, Jawatankuasa Jemputan dan Protokol oleh Pejabat Penolong Naib Canselor (Jaringan Industri dan Perhubungan Koporat), Jawatankuasa Pengurusan Pelajar oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni dan Jaeatankuasa Pengurusan Acara Masjid oleh Pusat Islam.
Terima kasih kepada semua warga yang terlibat secara langsung dalam menjayakan majlis ini.
21 APRIL 2025 | PUTRAJAYA: Naib Canselor UPNM, YBhg. Lt Jen Datuk Arman Rumaizi bin Hj Ahmad hadir memeriahkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri KPT di perkarangan bangunan KPT hari ini.
Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir bersama barisan pengurusan tertinggi KPT turut menyambut dan beramah mesra dengan para tetamu yang hadir.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, yang meluangkan masa bersama warga KPT dalam suasana penuh mesra dan harmoni.
19 FEBRUARI 2025 | UPNM: Hari ini telah berlangsung Majlis Penyerahan Geran Penyelidikan MRSB kepada UPNM bersama Naib Canselor YBhg. Lt Jen Datuk Arman Rumaizi bin Hj Ahmad. Pihak MRSB diwakili oleh YBhg. Dato’ Saiful Nizam bin Mohd Yusoff, Pengarah Urusan MRSB, En. Che Mohd Zulkifli bin Awang Ketua Pegawai Operasi, MRSB dan Dato' Mohd Faizal bin Daud Pengarah Bahagian Korporat MRSB. Turut hadir bersama YBhg. Prof. Ts. Dr. Hj. Azizi bin Miskon (Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UPNM), Prof. Dr. Jowati Binti Juhary Pengarah Pusat Bahasa, serta Penyelidik UPNM.
Penyelidikan yang akan dilaksanakan bertajuk Komunikasi Diplomatik Nabi Sulaiman: Model Pengurusan Kepimpinan dalam Perspektif al-Quran.
Semoga kerjasama ini menjadi titik permulaan kepada lebih banyak projek penyelidikan berimpak tinggi diantara UPNM dan Industri yang dapat menjadi sumbangan bermakna kepada agama, bangsa, dan negara.