- Details
- Bil. Capaian: 0
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Selamat datang ke laman sesawang Pusat Pembangunan Keusahawanan & Inovasi (PPKI), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). Penubuhan PPKI sejak 14 tahun yang lalu adalah selaras dengan usaha memperkukuh budaya serta ekosistem keusahawanan dalam kalangan warga universiti. Inisiatif ini bertujuan membentuk sinergi antara pelbagai lapisan komuniti universiti merangkumi pelajar, staf akademik, staf bukan akademik, pihak industri, agensi kerajaan serta komuniti dalam landskap pendidikan tinggi.
PPKI berperanan memupuk nilai keusahawanan, inovasi serta pemikiran kreatif dalam kalangan pelajar agar mereka berupaya menjadi graduan yang berdaya saing dan mampu mencipta peluang pekerjaan sebagai job creator, bukan sekadar job seeker. Melalui pelbagai program, latihan dan inisiatif yang dilaksanakan, PPKI berusaha memperkukuh pembangunan bakat keusahawanan serta membina keupayaan pelajar dalam meneroka peluang ekonomi dan inovasi. Dengan sokongan pihak universiti serta penglibatan aktif Kelab Keusahawanan Pelajar dan Kelab MyAgrosis, PPKI komited melaksanakan pelbagai program dan aktiviti yang bertujuan menyemai minda keusahawanan serta membentuk kepimpinan yang kreatif, inovatif dan berdaya saing dalam kalangan warga universiti.
Usaha ini juga selari dengan aspirasi UPNM untuk melahirkan Intellectual Leaders of Character. Kepimpinan keusahawanan (entrepreneurial leadership) menuntut individu yang mampu berfikir secara strategik, kreatif dan inovatif dalam memimpin serta mencipta peluang baharu dalam persekitaran yang sentiasa berubah. Seiring dengan hala tuju nasional dalam pembangunan keusahawanan di institusi pengajian tinggi, PPKI turut menyokong pelaksanaan Pelan Tindakan Keusahawanan IPT (PTK-IPT) 2026–2030 yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi. Pelan ini memberi penekanan kepada pemerkasaan ekosistem keusahawanan yang holistik, pengukuhan kolaborasi strategik antara universiti, industri dan agensi berkaitan serta pembangunan usahawan graduan berasaskan inovasi dan teknologi baharu.
Akhir kata, saya berharap agar PPKI terus menjadi platform yang efektif dalam memupuk semangat keusahawanan dan inovasi dalam kalangan warga universiti, seterusnya melahirkan graduan yang bukan sahaja berilmu, tetapi juga mampu mencipta peluang pekerjaan serta menyumbang kepada kemakmuran negara.
Sekian, terima kasih.
- Details
- Bil. Capaian: 1929
Bagi merealisasikan teras pembangunan keusahawanan di UPNM, Pusat Pembangunan Keusahawanan & Inovasi telah mengukuhkan Objektif pembangunan keusahawanan.
Antaranya adalah seperti berikut:
- Membudayakan pelajar melalui pendedahan keusahawanan bagi memilih bidang keusahawanan sebagai kerjaya pilihan atau kerjaya utama selepas bergraduasi.
- Membantu pelajar mendapatkan pengetahuan dan pengalaman di dalam bidang keusahawanan.
- Menyediakan prasarana di dalam kampus dan bantuan modal pusingan kepada pelajar bagi membantu pelajar menjalankan aktiviti keusahawanan.
- Mengurus dan mengkoordinasikan pembangunan keusahawanan pelajar di universiti secara terancang dan menyeluruh.
- Menggalakkan aktiviti keusahawanan di kalangan pelajar di dalam kampus.
- Details
- Bil. Capaian: 1934

- Bil. Capaian: 1913

- Bil. Capaian: 1954

More Articles ...
Subcategories
Buletin

Kerjasama Fakulti Pengurusan, Universitas Pertahanan Indonesia dan Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia dalam Kuliah Luar Negara (KKLN) bermula 21 Jun hingga 25 Jun 2021.
#sayangiupnmkita
#UPNMPrihatin
#kitajagakita