- Details
- Bil. Capaian: 80482
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
YBhg. Datuk/Dato’/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan,
MAKLUMAN PENAWARAN PROGRAM SARJANA SAINS KESELAMATAN SIBER DAN PENGURUSAN (MSc IN CYBER SECURITY AND MANAGEMENT) DI UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA (UPNM)
Merujuk kepada perkara di atas dengan segala hormatnya.
- Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Fakulti Sains dan Teknologi Pertahanan (FSTP), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) menawarkan program akademik baharu iaitu Sarjana Sains Keselamatan Siber dan Pengurusan (MSc in Cyber Security and Management). Pengambilan pelajar baharu bagi program ini telah pun dibuka dan program akademik bagi Semester 1, Sesi Akademik 2021/2022 akan bermula pada bulan September 2021.
- Sehubungan itu, pihak fakulti amat berbesar hati untuk mempelawa calon pelajar yang berminat dan memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti yang dinyatakan untuk memohon bagi mengikuti program pengajian ini. Kami juga berharap agar pihak YBhg. Datuk/Dato’/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan dapat membuat hebahan di Jabatan YBhg. Datuk/Dato’/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan mengenai penawaran program akademik baharu ini. Bersama-sama ini disertakan salinan surat pemakluman, Borang Permohonan - Application Form for Graduates Studies (PPS01) dan Brosur Program Sarjana Sains Keselamatan Siber dan Pengurusan untuk perhatian dan rujukan pihak YBhg. Datuk/Dato’/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan yang selanjutnya.
- Segala perhatian dan kerjasama yang diberikan oleh pihak YBhg. Datuk/Dato’/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan berhubung dengan perkara ini amat dihargai.
Sekian, terima kasih.
“PRIHATIN RAKYAT: DARURAT MEMERANGI COVID-19”
“KEWAJIPAN, MARUAH, INTEGRITI”
- Details
- Bil. Capaian: 6333
- Details
- Bil. Capaian: 4288
Fakulti Sains dan Teknologi Pertahanan, Aras 2 Bangunan Lestari, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Kem Perdana Sungai Besi, 57000 Kuala Lumpur
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.