1 NOVEMBER 2024 | UPNM - UPNM dengan kerjasama Pejabat Perdana Menteri telah menganjurkan program Temu Anwar, sebuah program dialog anak muda bersiri dan sinonim bersama Perdana Menteri Malaysia ke-10, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Seramai 650 orang warga UPNM membanjiri Dewan Theatrette, UPNM untuk mengikuti program tersebut.

Program Temu Anwar ini diadakan khusus bagi memberi peluang kepada sesiapa sahaja terutama anak muda untuk bertanyakan soalan secara terus kepadanya dan disiarkan secara langsung melalui media perdana RTM. Selesai program di dewan, YAB Pendana Menteri menuju ke Masjid UPNM bagi acara kenduri rakyat bagi melakukan aktiviti rewang bersama warga UPNM dan seterusnya solat jumaat di Masjid UPNM.
 
Turut bersama ialah YB Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin, Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir, Menteri Pendidikan Tinggi, YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, YBhg. Dato’ Dr. Haji Megat Sany bin Megat Ahmad Supian Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), YBhg. Tan Sri (Dr.) Syed Azman bin Syed Ibrahim, Pengerusi Lembaga Universiti, YBhg. Lt Jen Datuk Mardzuki bin Muhammad, Naib Canselor, barisan lembaga pengarah universiti, pengurusan tertinggi dan warga UPNM.