25 Jun 2024 - Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UPNM telah menganjurkan Majlis Anugerah Kecemerlangan Badan Pelajar Sesi 2023/2024 bertemakan “Mahasiswa Madani, Pemangkin Kegemilangan Universiti” pada 25 Jun 2024 bertempat di Dewan Zulfaqar. Majlis Anugerah ini telah dirasmikan oleh YBhg Lt Jen Datuk Mardzuki bin Muhammad, Naib Canselor UPNM. Program ini dianjurkan bagi memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada badan pelajar yang telah menunjukkan pencapaian yang cemerlang sepanjang sesi 2023/2024.
 
Pengarah Pusat Pembangunan dan Kepimpinan Pelajar Hal Ehwal Pelajar & Alumni Prof. Madya Ts. Gs. Dr. Syed Mohd Fairuz Bin Syed Mohd Dardin berkata “Majlis AKBP ini bertujuan untuk meraikan Badan-Badan Pelajar UPNM yang telah mengharumkan nama universiti didalam penganjuran aktiviti yang berimpak tinggi dan turut menyumbang kepada masyarakat setempat mahupun antarabangsa merentasi pelbagai kluster kokurikulum”.






Anugerah ini telah menghimpunkan 64 badan pelajar dan 12 kategori anugerah dipertandingkan. Pelbagai anugerah menjadi sasaran badan pelajar namun anugerah utama ialah Anugerah Bitara Badan Pelajar merupakan anugerah kemuncak telah menjadi milik Kelab Peers Leaders UPNM. Selaras dengan tema anugerah bagi memastikan pelajar-pelajar aktif dalam kegiatan pelajar. Misi untuk membentuk sahsiah dan keperibadian “Leaders of Character” amat tepat melalui ruang pengiktirafan ini.
 
Tahniah dan Syabas kepada penerima-penerima anugerah yang berjaya.