LATAR BELAKANG
Pusat Penyelidikan dan Kecemerlangan Maritim (MAREC) ditubuhkan pada 02 Januari 2018 di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia. Pusat ini diketuai oleh seorang Pengarah, dan disokong oleh penyelidik dan pensyarah yang berpengalaman dalam akademik, ketenteraan dan latihan. Antara kemudahan penyelidikan yang digunakan di pusat ini adalah Simulator Navigasi, Simulator Enjin Kapal, peralatan makmal seperti Seni Bina Kapal, Hidrografi, Komunikasi, Elektrik dan Elektronik.
VISI
Visi MAREC adalah menjadi pusat penyelidikan utama serantau dalam bidang teknologi pertahanan maritim
MISI
Misi utama MAREC adalah komited menjadi pusat kecemerlangan untuk penyelidikan, pendidikan dan perundingan latihan yang menyumbang kepada pembangunan modal insan dalam teknologi pertahanan maritim
PERANAN
Antara peranan utama MAREC adalah seperti berikut:
- Menumpukan pada penyelidikan dan inovasi dalam bidang teknologi pertahanan maritim seperti navigasi, reka bentuk kapal, logistik, pengangkutan, hidrografi, oseanografi dan sains marin.
- Bekerjasama dengan industri dan agensi maritim untuk penyelidikan dan pembangunan dalam teknologi pertahanan maritim.
- Membangunkan modul latihan dan pendidikan untuk pegawai kadet laut dan agensi maritim dalam pertahanan maritim.
- Membangunkan kapasiti sebagai pusat rujukan dalam teknologi pertahanan maritim.