- Details
- Bil. Capaian: 563
11 Oktober 2024 | UPNM - Hari ini UPNM telah mengadakan sambutan Hari Sukan Negara 2024 peringkat UPNM yang dirasmikan oleh YBhg. Lt Jen Datuk Mardzuki bin Muhammad, Naib Canselor UPNM. Hari Sukan Negara (HSN) merupakan sebuah gerakan nasional dengan hasrat membudayakan sukan dalam kalangan masyarakat. Program ini diadakan bertujuan untuk memupuk kesedaran tentang pembudayaan sukan dan mempromosikan amalan hidup sihat dalam kalangan warga UPNM.
Program dimulakan dengan sesi warm-up dan riadah senamrobik dan seterusnya pelepasan larian 3.0km Hari Sukan Negara oleh YBhg. Lt Jen Datuk Mardzuki bin Muhammad, Naib Canselor UPNM bersama semua warga UPNM di Pavilion UPNM.
- Details
- Bil. Capaian: 946
- Details
- Bil. Capaian: 1031
- Details
- Bil. Capaian: 1135
- Details
- Bil. Capaian: 1155
9-10 Oktober 2024 - CHERAS: Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT), dengan kerjasama Majlis Kaunseling Universiti Awam Malaysia (MAKUMA), Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah menganjurkan Seminar Psikologi Kaunseling IPT Kebangsaan 2024. Seramai 300 orang peserta yang terdiri daripada Pegawai Psikologi dan mahasiswa daripada 25 buah IPT, politeknik, Goverment Linked University (GLU) serta agensi-agensi awam telah menyertai Seminar Psikologi Kaunseling IPT Kebangsaan 2024 yang berlangsung pada 9 dan 10 Oktober 2024 di Pusat Belia Antarabangsa (IYC), Kuala Lumpur.
Bersempena dengan seminar tersebut, majlis pelancaran Sambutan Bulan Kaunseling Peringkat IPT 2024 turut dilaksanakan dan dirasmikan oleh YBhg. Datuk Profesor Dr. Azlinda binti Azman, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi. Dalam majlis tersebut, Manual Perkhidmatan Kaunselor di IPT telah dilancarkan yang bertujuan memperkukuhkan peranan dan fungsi kaunselor dalam ekosistem pendidikan negara. Pelancaran ini dijangka menjadi satu langkah penting dalam merangka garis panduan komprehensif untuk perkhidmatan kaunseling dalam kalangan pelajar IPT.
"Penganjuran Seminar Psikologi Kaunseling ini dilihat penting untuk memperkasa Pegawai Psikologi dan mahasiswa dengan pengetahuan serta kemahiran terkini dalam bidang kaunseling. Ini selaras dengan usaha kita untuk membentuk komuniti yang seimbang dari aspek mental dan emosi melalui nilai tambah dalam kepakaran sedia ada," kata pengerusi MAKUMA dalam satu kenyataan hari ini.
Seminar ini memberi peluang kepada peserta untuk membentuk jaringan sokongan yang lebih kukuh antara IPT dan komuniti. Pegawai Psikologi, pelajar, dan pakar-pakar akan berkongsi pengalaman, pengetahuan, dan sumber-sumber intervensi yang dapat digunakan untuk menambah baik perkhidmatan psikologi dan kaunseling di Malaysia. Penganjuran ini juga mendapat sokongan penuh daripada Kementerian Pengajian Tinggi yang komited dalam memastikan isu kesihatan mental terus diberikan perhatian utama.
Antara aktiviti menarik dalam program ini adalah sesi pembentangan poster oleh ahli Kelab Pembimbing Rakan Siswa Kebangsaan serta Pegawai Psikologi dari seluruh negara yang memfokuskan pelbagai isu berkaitan kesejahteraan mental dan emosi pelajar, termasuk sesi mengenai rehabilitasi biopsikososial, pendekatan Cognitive Behavioral Therapy (CBT), serta kesan buli siber terhadap kesejahteraan psikologi.
More Articles ...
- Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti (LPU) UPNM Ke-57 Bilangan 3 Tahun 2024
- Majlis Syarahan Za’ba dan Sambutan Hari Akademia Negara Tahun 2024
- Lawatan ke Pameran Era Pasca-Normal MADANI (Postnormal Times MADANI Exhibition)
- Majlis Perasmian Minggu Perkasa Jati Diri (MPJD) dan Bacaan Ikrar Pelajar Baharu Sarjana Muda Sesi Akademik 2024/2025