- Details
- Bil. Capaian: 6
31 JANUARI 2026 | PUTRAJAYA: Jom Masuk Universiti (JMU) 2026 Zon Wilayah (Premier) mencatat sambutan luar biasa, sekali gus membuka tirai siri jelajah nasional JMU 2026. Program anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dengan kerjasama UPNM ini dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir, Menteri Pendidikan Tinggi, pada petang tadi.
Sepanjang empat hari penganjuran, sebanyak 62 reruai melibatkan Universiti Awam, Universiti Swasta, Politeknik, Kolej Komuniti serta Agensi Awam menyediakan ruang kepada pelajar dan ibu bapa untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas tentang laluan pendidikan tinggi.
Kehadiran Menteri dan mesej yang dibawa memberi isyarat yang jelas negara tidak pernah menganggap anak-anak kita tidak pandai. Setiap anak mempunyai potensi tersendiri, yang perlu difahami, dibimbing dan diberi peluang mengikut laluan yang sesuai.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Seiring itu, Naib Canselor UPNM, Lt Jen Datuk Wira Arman Rumaizi bin Haji Ahmad mengingatkan bahawa pendidikan tinggi bukan sekadar destinasi, tetapi satu perjalanan yang menuntut keberanian untuk belajar, kebijaksanaan untuk menilai dan kesungguhan untuk membentuk diri.
Itulah peranan Jom Masuk Universiti sebagai ruang selamat untuk pelajar bertanya tanpa rasa takut dan untuk ibu bapa mendapatkan maklumat yang jelas sebelum membuat keputusan besar tentang masa depan anak. Di sinilah dasar pendidikan diterjemahkan kepada realiti rakyat, tanpa kekeliruan dan tanpa andaian.

![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
- Details
- Bil. Capaian: 675
Itulah suara Pegawai Kadet Qubehran Kumar a/l P. Sivakumar, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Sistem Keselamatan Komputer), UPNM.
Selari dengan aspirasi Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia (RPTM) 2026-2035, pengajaran MPU dalam Bahasa Melayu bukan sekadar soal bahasa, ia tentang membina kefahaman, perpaduan dan identiti bersama sebagai rakyat Malaysia.
Inilah wajah perpaduan yang dibentuk melalui pendidikan.
Inilah Wajah UPNM30.
Lihat Video Disini: KLIK SINI
- Details
- Bil. Capaian: 656
23 JANUARI 2026 | PUTRAJAYA: Prof. Dr. Adam Leong Kok Wey, Pengarah CDISS UPNM dijemput menjadi Moderator dalam PUSPAHANAS Lecture Series bersama wakil NATO, membincangkan peranan NATO dalam landskap keselamatan global hari ini.
Program ini berlangsung sempena lawatan kerja Mrs. Gwendoline Vamos, Ketua Jabatan Indo-Pasifik NATO ke Malaysia, satu pengiktirafan terhadap kepakaran UPNM dalam isu pertahanan dan geopolitik antarabangsa.
Bila wacana keselamatan dunia dibincangkan, suara UPNM turut berada di meja rundingan.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |

- Details
- Bil. Capaian: 515
23 JANUARI 2026 | UPNM: Dalam dunia yang semakin bergolak, pertahanan moden bukan hanya tentang kekuatan ketenteraan, tetapi juga tentang memelihara nilai kemanusiaan dan undang-undang antarabangsa.
Atas semangat itu, Ketua Delegasi Serantau International Committee of the Red Cross (ICRC) yang baharu, Mr. Jürg Montani, mengadakan kunjungan hormat kepada Naib Canselor UPNM, Lt Jen Datuk Wira Arman Rumaizi bin Hj Ahmad bagi memperkukuh hubungan kerjasama sedia ada antara kedua-dua pihak.
ICRC dan UPNM telah lama bekerjasama rapat melalui Pusat Undang-Undang Tentera dan Undang-Undang Kemanusiaan Antarabangsa (CoMIHL) sebagai platform latihan, penyelidikan dan pemerkasaan kesedaran mengenai Undang-Undang Kemanusiaan Antarabangsa.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |

Pertemuan ini membuka lembaran baharu kerjasama strategik, mengangkat peranan UPNM bukan sekadar universiti pertahanan, tetapi institusi yang membina pemimpin berprinsip, beretika dan berperikemanusiaan.
Inilah wajah sebenar pendidikan pertahanan moden di UPNM, tegas mempertahankan negara, namun berteraskan nilai kemanusiaan sejagat.
- Details
- Bil. Capaian: 724
24 JANUARI 2026 | GERIK: UPNM menganjurkan Program Jom Masuk Uni (Parlimen Gerik) yang berlangsung di Kolej Vokasional Gerik, Perak, sebagai usaha membuka laluan masa depan pendidikan tinggi kepada pelajar dan ibu bapa, khususnya dalam kalangan komuniti luar bandar.
Program ini telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Wira Dr. Asyraf Wajdi Dusuki, Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan turut dihadiri Penolong Naib Canselor Kanan (Pembangunan Strategi) UPNM, Dato’ Dr. Norhasni binti Zainal Abiddin.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Penganjuran program ini mencerminkan komitmen UPNM sebagai universiti pertahanan tunggal negara dalam mendukung aspirasi Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia (RPTM) 2026-2035 khususnya agenda memperluas akses pendidikan tinggi, mobiliti sosial dan peluang kepimpinan kepada generasi muda tanpa mengira latar belakang.
Melalui inisiatif turun padang seperti ini, UPNM terus memainkan peranan sebagai pemudah cara antara dasar negara dan harapan rakyat memastikan peluang pendidikan, kerjaya pertahanan dan pembinaan kepimpinan masa hadapan benar-benar sampai ke akar umbi.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |























































