19 DISEMBER 2025 | UPNM: Majlis Anugerah Sukan UPNM 2024 yang disempurnakan oleh Naib Canselor, Lt Jen Datuk Wira Arman Rumaizi bin Hj Ahmad mengiktiraf pencapaian atlet dan pasukan universiti di peringkat antarabangsa, kebangsaan dan institusi pengajian tinggi (IPT). Pengiktirafan ini merangkumi kejayaan dalam kejohanan berprofil tinggi seperti Davis Cup, Kelayakan Olimpik Asia, SUKMA, SUKIPT dan MASUM.
 

 
Pemilihan penerima anugerah dibuat berdasarkan rekod pertandingan, pencapaian pingat dan konsistensi prestasi sepanjang musim sukan 2024.
 
Tiga pengiktirafan tertinggi Anugerah Sukan UPNM 2024 adalah:
Olahragawan Pelajar: Muhammad Aiman bin Hamdan (Tenis), wakil Malaysia ke Davis Cup dengan pencapaian pingat emas yang konsisten di peringkat IPT dan kebangsaan.
Olahragawati Pelajar: Nurul Syasya Nadiah binti Mohd Arifin (Menembak) - atlet negara, wakil Asian Olympic Qualification, pemegang rekod kejohanan serta pemenang pingat di peringkat antarabangsa.
Pasukan Terbaik: Pasukan Futsal Wanita UPNM - Naib Juara Liga Futsal Wanita IPT 2024 dengan pencapaian Penjaga Gol Terbaik, Penjaring Terbanyak kejohanan serta tempat ketiga SUKIPT 2024.
 
Pengiktirafan ini menegaskan komitmen UPNM dalam membangunkan sukan berprestasi tinggi berteraskan pencapaian dan kecemerlangan berterusan. Tahniah kepada semua pemenang!