6 Mei 2024 - Hari ini, UPNM telah memeterai Memorandum Perjanjian (MoA) dan menandatangani Dokumen Penyataan Niat (LOI) dengan tiga rakan strategik sempena Pameran 18thDefence Services Asia Exhibition and Conference (DSA) & National Security Asia (NATSEC Asia) 2024 di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC), Kuala Lumpur.

MoA bersama Huihuang International (M) Sdn. Bhd.  berfokuskan kepada pengambilan pelajar antarabangsa dan LoI bersama Cendana Auto Sdn. Bhd. (CASB) berfokus dalam bidang penyelidikan dan inovasi bagi kenderaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) manakala LoI dengan Asian Rail Academy Sdn. Bhd. (ARA) dalam bidang latihan pensijilan berfokus kepada bidang Keselamatan dan Penandaan Rel melalui Institut Pengajian Eksekutif UPNM (NIEEd).