15 JULAI 2025 | UPNM: Susulan lawatan pertama pada 30 Jun lalu, Naib Canselor UPNM, YBhg. Lt Jen Datuk Arman Rumaizi bin Hj Ahmad kembali turun padang ke Fakulti Kejuruteraan. Kali ini dengan tumpuan khusus kepada makmal-makmal utama yang menjadi nadi kepada inovasi dan pendidikan teknikal universiti.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Dari Makmal Simulator Penerbangan, Voltan Tinggi, Struktur Berat hinggalah ke Mekanikal, setiap ruang dilawati, setiap potensi diperhatikan. Lawatan ini bukan hanya meninjau fasiliti, tetapi menyelami bagaimana ruang-ruang ini menyumbang kepada pemerkasaan ilmu, penyelidikan dan aplikasi kejuruteraan pertahanan negara, selari dengan aspirasi UPNM30.
Kerana di UPNM, makmal bukan sekadar tempat bereksperimen tetapi medan lahirnya penyelesaian masa depan.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |