PIAGAM PELANGGAN
Kami berjanji untuk memberikan perkhidmatan secara profesional, selamat, mesra, penyayang dan berkualiti:
- Keutamaan akan kami berikan kepada kes kecemasan dan kritikal dan akan dirawat dengan kadar serta-merta;
- Perkhidmatan perawatan akan diberikan mengikut giliran dan/atau keadaan pesakit. Keutamaan akan diberikan kepada kanak-kanak, ibu hamil, warga emas dan orang kurang upaya;
Jenis Pelanggan |
Indikator |
Ibu mengandung |
30 minit |
Bayi / Kanak-kanak |
15 minit |
Warga emas |
30 minit |
Lain-lain kategori |
60 minit (dengan syarat terdapat sekurang-kurangnya dua (2) orang pegawai perubatan yang bertugas ketika itu) |
- Memastikan semua ubat didispens di kaunter farmasi dalam tempoh 30 minit selepas menerima preskripsi;
- Memastikan semua kes rujukan ke hospital yang menggunakan ambulans dihantar serta merta selepas keadaan pelanggan stabil;
- Kerahsiaan maklumat peribadi, penyakit dan perawatan yang diberikan kepada pesakit adalah dijamin;
- Kemudahan dan persekitaran yang bersih, selesa dan selamat disediakan;
- Memastikan aktiviti promosi kesihatan bagi setiap kumpulan sasar (pelanggan) yang khusus, 100% mengikut jadual yang ditetapkan; dan
- Memberi respons atau membalas segala aduan pelanggan secara bertulis atau emel kepada pengadu dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas aduan diterima.