Penarafan Bintang Pengurusan Kualiti (Quality Management Star Rating – QMSR) telah menyediakan piala pusingan kepada penerima penarafan utama sebagai satu bentuk galakan kepada FPJB yang terlibat dalam meningkatkan kualiti pengurusan di FPJB masing-masing. Penarafan Utama ini diberikan kepada FPJB yang memperolehi penarafan tertinggi (ranking) bagi tahun penilaian.
Pada Tahun 2024, buat julung kalinya Pusat Asasi Pertahanan (PAP) telah memenuhi semua kriteria penilaian dengan memperolehi kedudukan tertinggi secara automatik layak mendapat Penarafan Utama. Menerima piala pusingan beserta sijil penarafan LIMA bintang dengan markah 99%. Syabas dan Tahniah diucapkan atas pencapaian.
Sijil Penarafan QMSR Tahun 2024 (Penarafan Utama)
Penyerahan Sijil Penarafan QMSR Tahun 2024 (Penarafan Utama) semasa HIMA 2024