Bagi merealisasikan teras pembangunan keusahawanan di UPNM, Pusat Pembangunan Keusahawanan & Inovasi telah mengukuhkan Objektif pembangunan keusahawanan.

Antaranya adalah seperti berikut:

  1. Membudayakan pelajar melalui pendedahan keusahawanan bagi memilih bidang keusahawanan sebagai kerjaya pilihan atau kerjaya utama selepas bergraduasi.
  2. Membantu pelajar mendapatkan pengetahuan dan pengalaman di dalam bidang keusahawanan.
  3. Menyediakan prasarana di dalam kampus dan bantuan modal pusingan kepada pelajar bagi membantu pelajar menjalankan aktiviti keusahawanan.
  4. Mengurus dan mengkoordinasikan pembangunan keusahawanan pelajar di universiti secara terancang dan menyeluruh.
  5. Menggalakkan aktiviti keusahawanan di kalangan pelajar di dalam kampus.