Naib Canselor UPNM, YBhg. Lt Jen Datuk Arman Rumaizi bin Hj Ahmad, telah mengiringi Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud dalam lawatan rasmi ke booth Thales dan Naval Group, dua rakan strategik antarabangsa utama UPNM dalam bidang akademik dan teknologi pertahanan.
 
Lawatan ini diadakan dengan sokongan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang memperkukuh peranan universiti dalam memanfaatkan platform antarabangsa seperti LIMA untuk memperluas jalinan industri berimpak tinggi.
 

 
Sorotan kerjasama strategik UPNM bersama Thales dan Naval Group:
- Pembangunan program pascasiswazah antarabangsa dalam keselamatan siber, pengurusan teknologi dan teknologi maritim.
- ⁠Sokongan kepada penyelidikan dalam sistem persenjataan dan teknologi maritim.
- ⁠Pemindahan teknologi dan pembangunan kapasiti sumber manusia.
- ⁠Penglibatan pelajar dan pensyarah dalam latihan industri serta pendedahan dunia sebenar melalui platform ICP (Industrial Collaboration Programme).
 
Kerjasama ini bukan sahaja meningkatkan kedudukan dan keterlihatan UPNM sebagai universiti pertahanan utama negara, tetapi turut menjayakan agenda UPNM30.