Pemohon perlu melengkapkan Borang Permohonan Pengajian Siswazah (PPS-01) bersama dengan dokumen-dokumen sokongan sepertimana dinyatakan dalam borang permohonan tersebut kepada alamat dinyatakan dibawah.
Bagi pemohon yang memilih menyambung pengajian menerusi Mod Penyelidikan (Research), pemohon perlu menghantar kertas cadangan yang mengandungi perkara berikut:
i. Tajuk yang mengandungi kata kunci khusus dalam bidang tersebut
ii. Pengenalan (Latar Belakang Penyelidikan, Objektif Penyelidikan, Hipotesis, Kenyataan Masalah/Soalan-soalan Penyelidikan) yang berkait khusus dalam bidang tersebut
iii. Sorotan Literatur Terpilih (penyelidikan terdahulu)
iv. Metadologi (Konsep/Rangka kerja Teoretikal, Carta Gantt) yang berkait khusus dalam bidang tersebut
v. Jangkaan Penemuan
vi. Rumusan; dan
vii. Rujukan.
Permohonan yang telah lengkap perlu dihantar kepada berikut:
Pusat Pengajian Siswazah
Kompleks Pengajian Siswazah
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Kem Sungai Besi, 57000 Kuala Lumpur
Tel.: (+603) 9051 3003
Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.