Assalamualaikum w.b.t.
Salam sejahtera,
Selamat datang ke lama sesawang Pusat Pembangunan Keusahawanan & Inovasi (PPKI) UPNM. Penubuhan PPKI sejak 2012 adalah sejajar dengan objektif keusahawanan di UPNM adalah untuk membentuk sinergi ekosistem antara lapisan pelajar, staf akademik, staf bukan akademik, industry, kerajaan dan komuniti dalam landskap pengajian tinggi.
Walaupun PPKI masih muda berbanding pusat-pusat pembangunan keusahawanandi IPT yang lain, ia tidak menjadi penghalang untuk menghidupkan ekosistem keusahawanan di UPNM, PPKI disokong oleh Kelab Keusahawanan pelajar beriltizam untuk menghidupkan minda dan kepimpinan keusahawanan dengan pelbagai aktiviti dan program di dalam dan luar UPNM. Ini sebenarnya bertepatan dengan aspirasi UPNM sebagai tempat tumbuhnya Intellectual Leaders of Character. Sudah tentunya kepimpinan keusahawanan (entrepreneurial leadership) yang memerlukan seseorang menjadi kreatif serta inovatif dalam memimpin merupakan salah satu karektor unggul seorang Intellectual Leaders of Character.
Oleh itu, PPKI berfungsi mengikut template dan rangka kerja yang disusun oleh Kementerian Pengajian Tinggi seperti yang termaktub dalam Pelan Tindakan Keusahawanan IPT 2021-2025