Kehadiran Timbalan Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof ke booth UPNM yang terletak di Pavilion KPT pada LIMA’25 hari ini memberi suntikan semangat besar kepada warga universiti. Beliau diberi taklimat berkaitan dua inovasi taktikal utama hasil penyelidikan akademik dan industri:
 
          ? 1. VECTORS TACTIDRONE
                   (Vessel Enhanced Combat Tactical Operation Response System) - sistem pemantauan dan respons taktikal maritim berautonomi.
 
          ?️ 2. MAFMS
                   (Malaysian Armed Forces Mapper System) - sistem pemetaan digital berskala pertahanan.
 
 
 
Kedua-dua produk merupakan hasil penyelidikan diketuai oleh Kapt Prof. Madya Syed Nasir Alsagoff bin Syed Zakaria, pensyarah Fakulti Sains dan Teknologi Pertahanan (FSTP) merangkap ketua penyelidik. Ini mencerminkan kekuatan kesarjanaan serta kepakaran teknikal warga akademia UPNM.
 
Inisiatif ini pada masa sama memperkukuh dua teras utama UPNM30 iaitu Kesarjanaan melalui penyelidikan berimpak tinggi dan Pusat Kecemerlangan sebagai rakan strategik pertahanan negara.
 
Sebagai universiti pertahanan negara, UPNM komited mengintegrasikan kepakaran akademik dan inovasi teknologi demi memperkukuh kesiapsiagaan dan keupayaan strategik negara.
 
Turut sama menyambut YAB Timbalan Perdana Menteri adalah Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud dan YBhg. Lt Jen Datuk Arman Rumaizi bin Hj Ahmad, Naib Canselor UPNM.