26 November 2024 | Putrajaya - Ini merupakan program anjuran bersama Unit Kesihatan Komuniti dan Perubatan Ketenteraan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia dengan kerjasama Pejabat Pendaftar UPNM, Jabatan Tenaga Manusia (JTM) dan ditaja dibawah geran Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia (SKUM. Program ini telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Azman Bin Mohd Yusof, Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia dan Kata-Kata Aluan disampaikan oleh Puan Fazielah binti Mohamed, Pendaftar UPNM.
Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan pemahaman masyarakat tentang bentuk- bentuk eksploitasi seksual, impaknya terhadap mangsa, serta menyediakan panduan praktikal dalam usaha mencegah dan menangani isu ini dengan berkesan.
Antara pengisian program ialah sesi ceramah oleh pakar daripada bidang psikologi, undang-undang dan kebajikan masyarakat. Sesi interaktif dan forum turut diadakan untuk memberi pemahaman mendalam kepada peserta yang terlibat.