20 Ogos 2024 - Delegasi dari Lumut Naval Shipyard (LUNAS) yang diketuai oleh Ketua Strategi Korporat dan Pembangunan Perniagaan iaitu Ir. Muhammad Hanif bin Muhammad telah membuat kunjungan hormat kepada Naib Canselor UPNM, YBhg. Leftenan Jeneral Datuk Mardzuki Muhammad pada 20 Ogos 2024 (Selasa). Turut serta ialah Mejar Jeneral Dato’ Dr. Kwong Fook Wen (Bersara), Penolong Naib Canselor (Jaringan Industri dan Perhubungan Korporat), Kol Prof. Dr. Khairol Amali bin Ahmad (Bersara), Penolong Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) serta tim UPNM yang berkenaan dalam membincangkan potensi kerjasama antara UPNM dan LUNAS pada masa akan datang.