- Details
- Bil. Capaian: 44
19 November 2024 | UPNM – Bersempena dengan sambutan Hari Integriti, Kualiti dan Undang-Undang Peringkat Universiti Pertahanan Nasional Malaysia Tahun 2024 (IQLUPNM 2024), Bahagian Undang-Undang, Unit Integriti dan Bahagian Jaminan Kualiti dan Pengurusan Data (BJKPD) telah menganjurkan sesi Bicara Undang-Undang: “Hak-Hak Pengguna Dari Sudut Perundangan”. Sesi ceramah tersebut telah disampaikan oleh Cik Saraljames Maniam & Puan Maizatul Aqira Ishak daripada Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional dan FOMCA. Peserta program terdiri daripada staf dan pelajar serta disaksikan juga oleh peserta daripada Universiti Awam yang lain menerusi laman sosial rasmi UPNM.
- Details
- Bil. Capaian: 479
15 November 2024 | UPNM – Kesatuan Kakitangan Sokongan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (KESUPNA) dan Angkatan Mahasiswa Anti Rasuah (AMAR UPNM) telah menganjurkan Campus Walk Integrity Challenge 2024 @UPNM yang merupakan salah satu daripada aktiviti yang dilaksanakan sempena IQLUPNM 2024. Program ini turut mendapat kerjasama daripada Unit Integriti, Bahagian Jaminan Kualiti dan Pengurusan Data (BJKPD) dan Bahagian Undang-Undang (BUU).
- Details
- Bil. Capaian: 1104
12 November 2024 | UPNM – Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan (FPPP) dengan kerjasama Pejabat Kedutaan Emiriah Arab Bersatu (UAE) di Malaysia telah menganjurkan Wacana Akademik “Microorganisms as A Health and Safety Threat: Realities and Consequences of Progress and Misuse of Science, Epidemics and Pandemics, Climate Change, Migration and Bioterrorism - What We Have Survived and What Awaits Us” yang disampaikan oleh Prof. Dr. Elizabeta Ristanovic, Republik Serbia, Kementerian Pertahanan Akademi Perubatan Tentera, Belgrade. Seramai 79 orang peserta yang mengikuti wacana tersebut di Pusat Marin.
Wacana akademik ini dirasmikan oleh YBhg. Prof Ts. Dr. Hj Azizi bin Hj Miskon TNC (Penyelidikan dan Inovasi) dan turut dihadiri oleh H.E. Dr. Mubarak Saeed Al Dhaheri, Duta UAE ke Malaysia serta barisan pengurusan tertinggi.
- Details
- Bil. Capaian: 960
- Details
- Bil. Capaian: 2164
7 November 2024 | UPNM – Pusat Kepimpinan dan Pembangunan Profesional (CLPD) telah menganjurkan Forum Kepimpinan “UPNM Mendepani 2025 dalam Wadah Malaysia Madani”. Seramai 350 orang warga UPNM membanjiri Dewan Pendekar, UPNM untuk mengikuti program tersebut. Forum ini di moderatorkan oleh YBrs. Kol Dr. Haji Zahimi bin Zainol Abidin Pengarah Pusat Kepimpinan dan Pembangunan Profesional (CLPD). Manakala panel-panel jemputan adalah YBhg. Kol Prof Dr. Khairul Amali bin Ahmad TNC (HEPA), YBhg. Prof Ts. Dr. Hj Azizi bin Hj Miskon TNC (Penyelidikan dan Inovasi) dan panel ketiga adalah YBhg. Prof. Dato’ Dr. Norhasni binti Zainal Abidin PNC (Pembangunan dan Kualiti Akademik). Program ini turut dirasmikan oleh YBhg. Leftenan Jeneral Datuk Mardzuki bin Muhammad, Naib Canselor UPNM.
More Articles ...
- Bicara Undang-Undang Bagi Sambutan Hari Integriti, Kualiti dan Undang-Undang
- Majlis Perasmian Sambutan Hari Integriti, Kualiti dan Undang-Undang Peringkat Universiti Pertahanan Nasional Malaysia Tahun 2024 (IQLUPNM 2024)
- Program Temu Anwar @ UPNM
- Program Ceramah Khas Sempena Sambutan Maulidur Rasul 1446H