- Details
- Bil. Capaian: 104951
KENAPA PERLU MEMILIH UPNM?
6 ELEMEN ‘INTELLECTUAL LEADERS OF CHARACTER’
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) sebagai pilihan utama bagi melanjutkan pengajian diperingkat pengajian tinggi adalah UPNM melahirkan graduan yang memiliki ciri-ciri ‘Intellectual Leaders of Character’ sebagai The Ultimate Mission of The University. Enam (6) ciri-ciri tersebut adalah seperti berikut:
1. Pegawai Bergraduat
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melihat bahawa adalah sangat penting bagi para Pegawai Tentera memiliki ilmu pengetahuan. Oleh demikian, penekanan sangat diberikan sebagaimana baris ayat yang sering diutarakan iaitu “education is the first line of defence”. Atas dasar inilah maka ATM mengambil inisiatif dan bersetuju supaya Akademi Tentera Malaysia (ATMA) dinaik taraf kepada Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan diletakkan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi pada ketika itu (kini Kementerian Pendidikan Malaysia) bagi mengekalkan credentials dan sanctity sebagai institusi pengajian tinggi. Maka dengan persetujuan ini, ATM akan dapat melahirkan seorang Pegawai Tentera bergraduat yang melalui fasa dunia ilmu pengetahuan dan ketenteraan yang bersistematik dan rigorous. Bagi pelajar awam yang telah melalui ekosistem ketenteraan, semestinya setelah tamat pengajian mereka semua akan bergraduat dan seterusnya menceburi apa jua bidang sebagai seorang profesional yang berwibawa dalam sektor swasta mahu pun kerajaan.
2. Pegawai Bertauliah
Seorang siswa yang bergraduat di UPNM mempunyai keistimewaan tersendiri apabila mereka juga ditauliahkan sebagai seorang Pegawai Tentera. Pengurniaan watikah tauliah oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong merupakan suatu acara istiadat yang membawa simbolik bahawa para graduan dalam kalangan Pegawai Kadet UPNM telah bersedia memikul tanggungjawab dan bersumpah setia memberikan komitmen jitu untuk berbakti sepenuhnya kepada negara dalam mengekalkan kedaulatan dan memastikan kelangsungan kepentingan strategiknya. Tidak ketinggalan juga bagi pelajar awam yang menyertai Pasukan Latihan Pegawai Simpanan atau PALAPES. Mereka juga memiliki keistimewaan yang lain daripada graduan universiti lain, apabila turut menerima Watikah Tauliah Diraja apabila tamat latihan. Graduan UPNM juga memiliki keistimewaan yang tersendiri kerana apabila bergraduat, mereka akan terlibat dalam dua acara besar iaitu Istiadat Konvokesyen dan Istiadat Pentauliahan setelah tamat pengajian. Dalam kedua-dua acara ini, mereka akan menerima ijazah dan watikah tauliah yang disempurnakan oleh Canselor UPNM iaitu Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang juga merupakan Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia.
3. 1 Pelajar : 1 Sukan
Penglibatan di dalam aktiviti sukan merupakan salah satu perkara yang diwajibkan kepada semua pelajar. Manafaat sukan sebagai satu rutin dapat menyeimbangkan kesihatan jasmani dan pelajaran. Di samping itu, melalui penglibatan pelajar dalam sukan, maka mereka secara tidak langsung dapat belajar mengkoordinasi aktiviti berpasukan sekaligus membentuk elemen kualiti kepimpinan dalam diri mereka. Sukan juga secara tidak langsung adalah instrument penting dalam menyediakan pelajar untuk berlatih, berdikari, memimpin dan berusaha dengan gigih untuk mencipta kejayaan.
4. Tali Pinggang Hitam - (Tempur Tanpa Senjata)
Salah satu ciri yang menentukan kesiapsiagaan sebagai seorang pejuang adalah kesediaan dan keberanian berhadapan dengan musuh. Dengan latihan intensif latihan Tempur Tanpa Senjata (TTS), pemantapan dari segi keyakinan diri dapat diterapkan dalam kalangan Pegawai Kadet. Subjek TTS juga dibangunkan sedemikian rupa di mana aspek pembangunan karekter dan latihan kepimpinan turut dijadikan teras di dalam silibus. Maka atas dasar itulah, setiap pegawai kadet yang lahir daripada Universiti ini diwajibkan menjalani latihan TTS sehingga mencapai tali pinggang hitam yang mana merupakan salah satu pra syarat sebelum layak ditauliahkan sebagai seorang Pegawai Muda. Bagi Pelajar PALAPES dan Awam pula, mereka digalakkan menyertai sukan seni mempertahankan diri sesuai dengan minat dan kebolehan mereka bagi memastikan pembangunan karekter dan kepimpinan diterapkan serta menyediakan mereka untuk menjadi ketua yang berkaliber di dalam kerjaya mereka kelak.
5. Imam
Secara literal, imam bererti pemimpin. Pengertian imam lazimnya dikaitkan dengan ibadat solat di mana imam berdiri di hadapan dan mengetuai jemaah. Dalam Islam, peranan seorang Muslim bermula sebagai ketua keluarga, ketua komuniti, dan sudah tentu sebagai ketua masyarakat. Begitulah juga graduan UPNM mestilah bersedia dan boleh menjadi imam. Oleh sebab itu, setiap Pegawai Kadet diwajibkan untuk lulus ujian Fardhu Ain, Fardhu Kifayah dan diamanahkan untuk menyampaikan khutbah Jumaat mengikut giliran masing-masing. Para Pegawai Kadet UPNM juga diwajibkan menghafal surah-surah penting termasuk Surah As-Sajadah, Surah Al-Mulk, dan Surah Yasin sebagai salah satu pra syarat sebelum mereka layak untuk ditauliahkan. Pendidikan ilmu keagamaan dan iman yang jitu adalah merupakan benteng diri apabila berhadapan dengan cabaran yang sukar. Kebolehan menjadi imam adalah sangat penting kerana para graduan di kalangan Pegawai Kadet dan pelajar awam UPNM akan menjadi ketua kepada organisasi masing-masing, di mana mereka perlu tahu dan berupaya memberikan bimbingan rohani dan spiritual kepada anggota mereka. Peranan sebagai seorang imam juga amat besar tanggungjawabnya, dalam memelihara kesejahteraan organisasi, yang terletak pada usaha diri sendiri terlebih dahulu dalam menjaga agama (din), jiwa (nafs), intelek (`aql), keturunan (nasl), dan harta (mal).
Bagi para Pegawai Kadet dan pelajar awam bukan Islam, saya percaya bahawa pengertian imam menurut pandangan agama masing-masing adalah relevan dan membawa pengertian betapa perlunya mereka menjadi seorang ketua yang berupaya membimbing organisasi dalam konteks rohani dan nilai murni mengikut kepercayaan masing-masing.
6. An Officer and A Gentleman/Lady
Sebagai seorang yang terpelajar, graduan di kalangan Pegawai Kadet dan pelajar awam mestilah memiliki sifat sebagai seorang yang gentleman atau dalam erti kata lain seorang insan yang budiman sifatnya. Maka mereka seharusnya memiliki sifat berani atas kebenaran, tidak sekali-kali ragu dalam membuat keputusan, jujur, pemurah, berfikiran positif, berfikiran kreatif dan inovatif, seorang observer, perwatakan baik, cara berkomunikasi dan berpakaian yang profesional, berupaya memberikan nasihat dan motivasi, seorang pakar rujuk di dalam bidangnya, suka membantu, boleh berkongsi pendapat, boleh diharap, agree to disagree, tahu perkembangan disekeliling, taat kepada agama, dan sebagainya. Seorang graduan yang budiman mampu menggunakan hak diri tanpa mengganggu hak orang lain pada tahap keberkesanan diri yang tinggi.
- Details
- Bil. Capaian: 100264
Portal Pelajar UPNM | Sistem Pendaftaran Subjek |
Moodle | |||
Sistem Penghantaran Kerja Kursus | Majlis Perwakilan Pelajar |
Permohonan Bantuan Kewangan & Tajaan |
- Details
- Bil. Capaian: 112015
Portal My Campus |
Emel UPNM |
Portal e-Learning Ver. 2.0 UPNM | |||
Portal My Profile | Portal e-Mesyuarat |
Portal e-Kaunseling |
- Details
- Bil. Capaian: 92288
Permohonan Geran Penyelidikan |
FRGS | Katalog Pakar Bidang |
|||
Webinar Penyelidikan dan Inovasi | Pendaftaran IPO |
Sistem Maklumat Penyelidik |