20 & 21 Mei 2024 – Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah melaksanakan Audit Pengawasan (Surveillance Visit- SV2) Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) Berasaskan Syariah MS 1900:2014 oleh pihak SIRIM QAS International Sdn. Bhd. Audit ini melibatkan tiga orang auditor iaitu Puan Hanida binti Ghazali (Ketua Auditor), Puan Asiyah binti Haron dan Dr. Mohd Nazri bin Mohd Nor (Technical Expert). Mesyuarat Pembukaan Audit telah dipengerusikan oleh YBhg. Prof. Dato' Ts. Dr. Ahmad Mujahid bin Ahmad Zaidi, Timbalan Naib Canselor (Akademik Dan Antarabangsa) di Bilik Mesyuarat Senat, Bangunan Canselori.

 

Audit ini menjurus kepada penilaian prestasi sedia ada seperti kajian semula pengurusan, audit dalam, penilaian objektif kualiti yang meliputi aktiviti Pemberian Perkhidmatan Aktiviti Keagamaan Islam Pelajar melibatkan auditi utama iaitu Pusat Islam dan Akademi Latihan Ketenteraan.

 

Pada Mesyuarat Penutup, pihak Auditor SIRIM QAS International Sdn. Bhd. mengumumkan UPNM telah memperoleh Audit Bersih, pencapaian kali kedua berturut-turut untuk UPNM. Tahniah diucapkan kepada semua!