Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Bersyukur kehadrat Allah s.w.t kerana dengan izin-Nya Laman Web Akademi Kecergasan Pertahanan.

Akademi Kecergasan Pertahanan (AKP) telah mencatatkan pelbagai peningkatan dari segi pembangunan akademik dan kecemerlangan sukan semenjak ditubuhkan. AKP sentiasa memastikan staf dan pelajarnya menghayati, berusaha dan membentuk iltizam yang tinggi ke arah mencapai reputasi yang tinggi dalam kesukanan.  Justeru, nilai utama AKP iaitu nilai komitmen, keupayaan, kelestarian dan integrity merupakan tonggak utama dalam melonjakkan kecemerlangan AKP seterusnya  memberi impak yang besar kepada UPNM. Adalah diharapkan AKP akan terus melakar kejayaan dan sumbangan bermakna kepada pembentukkan dan pembangunan modal insan untuk   Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.