14 NOVEMBER 2025 | SERI KEMBANGAN: Naib Canselor UPNM, Lt Jen Datuk Wira Arman Rumaizi bin Hj Ahmad membentangkan taklimat persediaan Konvokesyen Ke-15 kepada Pro-Canselor UPNM, Laksamana Tan Sri Dato’ Setia (Dr.) Mohd Anwar bin Hj Mohd Nor (Bersara), disertai Pendaftar, Puan Fazielah Mohamad.
 
 
Taklimat ini memastikan setiap aspek istiadat, protokol dan penyampaian majlis diselaraskan dengan rapi agar detik graduasi warga UPNM diraikan dengan penuh tertib, hormat dan nilai tradisi universiti pertahanan tunggal negara.