18 Ogos 2023 – YBhg Lt Jen Datuk Mardzuki bin Muhammad, Naib Canselor UPNM telah menerima kunjungan hormat YBhg Laksamana Madya Datuk Sabri bin Zali TLDM, Presiden Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (PUSPAHANAS).

Di dalam pertemuan ringkas yang diadakan di Bilik Singgahsana, Bangunan Canselori UPNM, menyaksikan kedua-dua pemimpin bertukar-tukar pandangan mengenai perkara berkaitan pendidikan, penyelidikan dan memperkukuh kerjasama pertahanan.

Ini merupakan kunjungan hormat buat julung kali Presiden PUSPAHANAS yang baharu dilantik dan mengambil alih tampuk pemerintahan daripada YBhg Laksamana Madya Datuk Zulhelmy bin Ithnain TLDM, mantan Presiden PUSPAHANAS.