Program Hala Tuju Strategik Pengurusan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Tahun 2022.
UPNM telah menganjurkan Program Hala Tuju Strategik Pengurusan Universiti Tahun 2022 pada 21 - 23 Januari 2022, di Pusat Pengaman Malaysia, Port Dickson dan telah dirasmikan oleh Naib Canselor, Lt Jen Datuk Hasagaya bin Abdullah.
Program ini dianjurkan oleh Pejabat Penolong Naib Caselor (Pengurusan Projek dan Pembangunan Strategi) bertujuan untuk menentukan hala tuju UPNM yang ingin dicapai bagi tahun 2022. Hala tuju ini juga digariskan berdasarkan kepada Amanat YB Menteri Pengajian Tinggi 2022 dan juga Perintah Ulung Naib Canselor UPNM 2021.
Buat julung kalinya juga, Majlis Perwakilan Pelajar UPNM turut dilibatkan dalam Program Hala Tuju Strategik UPNM.
Majlis Penutup Program dihadiri oleh Ahli LPU UPNM iaitu Kdr (K) Datuk Zulkifli bin Ishak PSSTLDM bersama dengan Prof. Emeritus Dato' Dr. Tengku Mohd bin Tengku Sembok dan Lt Jen Dato' Fadzil bin Mokhtar (Bersara) sebagai panel penilai.
Terdapat sebanyak 6 sesi pembentangan berdasarkan kluster - kluster keutamaan seperti berikut:
1. Akademik dan Antarabangsa serta Korporat
2. Pembangunan Pelajar dan Alumni
3. Penyelidikan dan Inovasi
4. Pembangunan Sumber Manusia
5. Kewangan dan penjanaan pendapatan
6. Pembangunan strategi, kualiti, teknologi maklumat, pembangunan dan infrastruktur
Semoga hasil hala tuju UPNM 2022 yang digarap daripada program ini dapat diterjemahkan kepada kejayaan UPNM.