- PERINTIS merupakan akronim bagi Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.

- Keahlian persatuan ini melibatkan semua Pegawai Bukan Akademik Gred 41 dan ke atas di UPNM.

 

MATLAMAT

 

1) Meningkatkan tahap profesionalisma ahli untuk pembangunan diri dan kerjaya;

 

2) Mencapai persefahaman, kerjasama, dan kesejahteraan di kalangan ahli menerusi kegiatan-kegiatan Persatuan;

 

3) Memupuk semangat patriotik cintakan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia dan negara melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan;

 

4) Menyumbang idea kepada pembangunan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia khususnya dan negara amnya;

 

5) Menyediakan saluran untuk ahli-ahlinya melibatkan diri dan bekerjasama dengan mana-mana badan atau pertubuhan berdaftar yang mempunyai tujuan yang sama;

 

6) Menjaga hal-hal kebajikan ahli.