TRACK II NETWORK OF ASEAN DEFENCE AND SECURITY INSTITUTIONS (NADI) MEETING “ARTIFICIAL INTELLIGENCE (AI) IN DEFENCE : POTENTIAL AND CHALLENGES FOR ADMM COOPERATION”

26 – 29 OGOS 2025, PATTAYA, THAILAND

“AI: Peluang strategik atau ancaman keselamatan? ASEAN melalui ADMM menjadi teras dalam pembangunan etika dan rangka kerja untuk pertahanan masa depan."

Mesyuarat Track II Network of ASEAN Defence and Security Institutions (NADI) bertemakan “Artificial Intelligence (AI) in Defence: Potential and Challenges for ADMM Cooperation” telah berlangsung pada 26 – 29 Ogos 2025 bertempat di Pattaya, Thailand.

Delegasi Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang diketuai oleh Pengarah Pusat Pengajian Pertahanan dan Keselamatan Antarabangsa (CDISS) bersama Felo Utama dan Pegawai Penyelidik telah menghadiri mesyuarat anjuran Strategic Studies Center (SSC), National Defence Studies Institute (NDSI), Thailand ini yang mana ianya menghimpunkan wakil-wakil dari kalangan badan pemikir di ASEAN telah membincangkan peluang dan cabaran penggunaan AI dalam bidang pertahanan, serta bagaimana ASEAN Defence Ministers’ Meeting (ADMM) boleh boleh menjadi pemangkin dalam memperkukuh kerjasama serta memastikan penggunaan AI di peringkat strategik dapat menyumbang kepada keamanan dan kesejahteraan serantau.

Pada mesyuarat ini juga, Profesor Dr Adam Leong Kok Wey, Pengarah CDISS telah membentangkan kertas polisi bertajuk “AI in Defence: Implications for Regional Security and Ways Forward for ADMM Cooperation” dalam sesi ketiga.

Penglibatan UPNM dalam mesyuarat ini memperlihatkan komitmen UPNM sebagai ahli tetap NADI sejak 2008, mengukuhkan peranannya sebagai pusat pendidikan dan kecemerlangan serta mendukung aspirasi UPNM30 kearah menjadi Pusat Kecemerlangan Penyelidikan Ketenteraan dan Strategi Pertahanan tersohor menjelang 2030 sepertimana yang digariskan dalam Pelan Strategik UPNM30.

 

    

 

    

 

 TRACK II NETWORK OF ASEAN DEFENCE AND SECURITY INSTITUTIONS (NADI) MEETING ON “CONCRETIZING DEFENSE INDUSTRIAL COOPERATION IN THE HEIGHT OF GEOECONOMIC CONFRONTATION”

17 – 20 JUN 2025, FILINVEST CITY, ALABANG, PHILIPPINES

Delegasi Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang diwakili oleh Prof. Dr. Adam Leong Kok Wey, Pengarah, Pusat Pengajian Pertahanan dan Keselamatan Antarabangsa (CDISS) telah menghadiri dan membentang kertas polisi di Track II Network of ASEAN Defence and Security Institutions (NADI) Meeting yang bertemakan “Concretizing Defense Industrial Cooperation in The Height of Geoeconomic Confrontation.”

Mesyuarat ini merupakan kesinambungan daripada NADI Annual Meeting yang telah diadakan pada 28 April – 1 Mei 2025 bertempat di Genting Highlands, Malaysia. Penglibatan UPNM dalam setiap mesyuarat NADI mencerminkan komitmennya sebagai ahli tetap NADI disamping memperkukuh kerjasama strategik di kalangan badan pemikir di rantau ini. Input daripada mesyuarat ini akan disalurkan kepada Mesyuarat Menteri-menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) serta platform pertahanan ASEAN yang lain.
Dalam mesyuarat ini, Prof. Dr. Adam telah membentangkan kertas polisi bertajuk “Defense Industrial Collaboration: Issues and Ways Forward”. Penglibatan UPNM dilihat amat penting dalam usaha memperkasakan UPNM ke arah menjadi Universiti Pertahanan Primier sebagai Peneraju dan Pusat Rujukan Utama Bidang Pengajian Pertahanan dan Ketenteraan Antarabangsa serta menyokong Pelan Strategik UPNM30.

     

 

 

 

TRACK II NETWORK OF ASEAN DEFENCE AND SECURITY INSTITUTIONS (NADI) ANNUAL GENERAL MEETING ON “ASEAN UNITY FOR SECURITY AND PROSPERITY”

28 APRIL – 1 MEI 2025, RESORT WORLD AWANA GENTING HIGHLANDS, PAHANG, MALAYSIA

Delegasi Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang terdiri daripada Pengarah dan tiga Felo Pusat Pengajian Pertahanan dan Keselamatan Antarabangsa (CDISS), telah menyertai Track II Network of ASEAN Defence and Security Institutions (NADI) Annual General Meeting on “ASEAN Unity for Security and Prosperity” anjuran Malaysian Institute of Defence and Security (MiDAS).

NADI, yang diasaskan pada 2007 oleh S.Rajaratnam School of International Studies (RSIS), Nanyang Technological University, Singapore merupakan platform utama bagi penganalisis dasar, pakar, ahli akademik dan penyelidik membincangkan isu kerjasama pertahanan dan keselamatan serantau, dengan input daripada mesyuarat ini akan disalurkan kepada Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) dan platform pertahanan ASEAN yang lain. Penglibatan UPNM sebagai ahli tetap NADI sejak 2008, mengukuhkan peranan institusi ini sebagai pusat pendidikan dan kecemerlangan serta mendukung Falsafah, Misi dan Visi UPNM kearah menjadi universiti premier terulung dalam bidang pertahanan dan keselamatan di rantau ini.

Tema Mesyuarat NADI pada kali ini iaitu “ASEAN Unity for Security and Prosperity” juga selari dengan aspirasi Malaysia selaku Pengerusi ASEAN 2025, yang membawa tema "Keterangkuman dan Kemampanan" (Inclusivity and Sustainability), untuk memperkukuh kerjasama strategik di rantau ini meliputi bidang pertahanan dan keselamatan, keselamatan siber dan kecerdasan buatan.

Pada acara ini juga, Profesor Dr Adam Leong Kok Wey, Pengarah CDISS selaku Ketua Delegasi UPNM telah membentangkan kertas polisi bertajuk Harnessing Emerging Technologies to Strengthen ASEAN Unity: A Strategic Perspective from ADMM dalam sesi ketiga mesyuarat ini. Penglibatan delegasi UPNM dalam mesyuarat ini adalah amat penting untuk menyumbang idea dan cadangan konstruktif dalam usaha memperkukuh kerjasama pertahanan dan keselamatan di rantau ASEAN serta merealisasikan matlamat untuk menjadikan ASEAN yang lebih makmur dan bersatu.