• Mengumumkan keputusan peperiksaan dalam tempoh dua (2) hari selepas Mesyuarat Senat

  • Mencetak dan menyerahkan transkrip keputusan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja selepas keputusan rasmi diumumkan.

  • Memastikan surat tawaran dicetak dan dihantar kepada calon-calon yang berkelayakan tujuh (7) hari selepas Mesyuarat Pengambilan dan Temuduga.

  • Memastikan Jadual Kelas dan Pendaftaran Kursus disediakan selewat-lewatnya dua (2) minggu sebelum semester baru bermula.