23 JANUARI 2026 | UPNM: Dalam dunia yang semakin bergolak, pertahanan moden bukan hanya tentang kekuatan ketenteraan, tetapi juga tentang memelihara nilai kemanusiaan dan undang-undang antarabangsa.
 
Atas semangat itu, Ketua Delegasi Serantau International Committee of the Red Cross (ICRC) yang baharu, Mr. Jürg Montani, mengadakan kunjungan hormat kepada Naib Canselor UPNM, Lt Jen Datuk Wira Arman Rumaizi bin Hj Ahmad bagi memperkukuh hubungan kerjasama sedia ada antara kedua-dua pihak.
 
ICRC dan UPNM telah lama bekerjasama rapat melalui Pusat Undang-Undang Tentera dan Undang-Undang Kemanusiaan Antarabangsa (CoMIHL) sebagai platform latihan, penyelidikan dan pemerkasaan kesedaran mengenai Undang-Undang Kemanusiaan Antarabangsa.
 

 
Pertemuan ini membuka lembaran baharu kerjasama strategik, mengangkat peranan UPNM bukan sekadar universiti pertahanan, tetapi institusi yang membina pemimpin berprinsip, beretika dan berperikemanusiaan.
 
Inilah wajah sebenar pendidikan pertahanan moden di UPNM, tegas mempertahankan negara, namun berteraskan nilai kemanusiaan sejagat.