FPPP telah ditubuhkan selaras dengan kewujudan UPNM dalam bulan Februari 2007. Sehingga kini FPPP menawarkan dua (2) program di peringkat Ijazah Sarjana Muda iaitu Ijazah Sarjana Muda (Pengurusan Sumber Manusia Pertahanan) dan Ijazah Sarjana Muda (Pengajian Strategi).
FPPP ditubuhkan dengan harapan untuk membantu negara melahirkan modal insan yang mempunyai kemahiran ketenteraan yang cekap menggunakan kecanggihan teknologi bagi menjayakan cabaran Wawasan 2020 dan prinsip terakhir Islam Hadhari. Oleh yang demikian, Jabatan Pengajian Strategi dan Jabatan Pengurusan Sumber Manusia Pertahanan di FPPP adalah ke arah memahami dengan lebih mendalam tentang operasi ketenteraan dalam aspek pengurusan sumber manusia dan pengajian strategi.