15 DISEMBER 2025 | UPNM: UPNM melalui Fakulti Sains dan Teknologi Pertahanan (FSTP) memeterai Surat Hasrat (Letter of Intent, LoI) bersama Aswant Solution Sdn. Bhd. sebagai langkah strategik memperkukuh ekosistem keselamatan siber dan teknologi pertahanan negara.
Majlis menandatangani LoI ini disempurnakan oleh Naib Canselor UPNM, Lt Jen Datuk Wira Arman Rumaizi bin Hj Ahmad, manakala Aswant Solution Sdn. Bhd. diwakili oleh En. Nasrul bin Mohd Noor, Pengarah Urusan, menzahirkan komitmen bersama antara akademia dan industri.

![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Kerjasama ini membuka ruang kepada pembangunan penyelidikan bersama, penawaran micro-credential, pemindahan kepakaran serta pengkomersialan teknologi selari dengan peranan UPNM sebagai universiti pertahanan tunggal negara. Ia turut menyokong inisiatif UPNM-Kaspersky Cyber Security Immune Lab (CSI-LAB) dalam melahirkan bakat keselamatan siber yang bersedia menghadapi ancaman digital masa hadapan.
CSI-LAB merupakan makmal keselamatan siber berasaskan teknologi Cyber Immunity pertama di Malaysia. lnisiatif ini menyokong pembangunan tenaga mahir, latihan hands-on, serta menjadikan UPNM sebagai pusat rujukan keselamatan digital serantau selaras dengan Digital Masterplan 2026-2030.
Kolaborasi strategik UPNM-industri ini mencerminkan usaha bersepadu untuk memacu inovasi, memperkukuh keupayaan nasional dan membina barisan pakar keselamatan siber demi kepentingan negara.
Akademia dan industri bergerak seiring. Keselamatan digital negara menjadi keutamaan.








