UPNM 1-27 Ogos 2021 - Bahagian Hal Ehwal Korporat, Jarinagn Industri dan Perhubungan Antarabangsa (BHEKJIPA) dengan kerjasama Unit Kaunseling, Kerjaya dan Alumni (UKKA), UPNM menganjurkan Program Pertandingan Mencipta Poster Inspirasi Merdeka sempena bulan kemerdekaan yang akan diadakan bermula 1 Ogos hingga 27 Ogos 2021.

Syarat pertandingan adalah seperti berikut:

    • Terbuka kepada SEMUA PELAJAR, KAKITANGAN & AHLI KELUARGA UPNM sahaja.
    • Penyertaan adalah berbentuk poster digital dan mestilah dihasilkan secara INDIVIDU.
    • Poster perlu dihantar dengan memuat naik fail berformat (images JPEG atau PNG) dengan saiz maksima 10MB sahaja.
    • Semua nama pemenang dan poster akan dipaparkan di laman Facebook BHEKJIPA pada 31 Ogos 2021.
    • Semua poster yang dihantar akan menjadi milik penganjur.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Puan Shima (012-3304780) dan Encik Alif (018-9558860).