19 November 2024 | UPNM – Bersempena dengan sambutan Hari Integriti, Kualiti dan Undang-Undang Peringkat Universiti Pertahanan Nasional Malaysia Tahun 2024 (IQLUPNM 2024), Bahagian Undang-Undang, Unit Integriti dan Bahagian Jaminan Kualiti dan Pengurusan Data (BJKPD) telah menganjurkan sesi Bicara Undang-Undang: “Hak-Hak Pengguna Dari Sudut Perundangan”. Sesi ceramah tersebut telah disampaikan oleh Cik Saraljames Maniam & Puan Maizatul Aqira Ishak daripada Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional dan FOMCA. Peserta program terdiri daripada staf dan pelajar serta disaksikan juga oleh peserta daripada Universiti Awam yang lain menerusi laman sosial rasmi UPNM.

 
Objektif penganjuran Bicara Undang-Undang berkenaan hak-hak pengguna adalah untuk:

a) Menerangkan undang-undang yang melindungi hak pengguna di Malaysia;
b) Membantu orang ramai memahami hak mereka apabila berurusan dengan perniagaan atau penyedia perkhidmatan, termasuk hak untuk mendapat barang dan perkhidmatan yang selamat, berkualiti, dan tiada penipuan;
c) Memberi pengetahuan kepada pengguna mengenai cara membuat aduan atau tuntutan sekiranya hak mereka diceroboh, serta cara mengakses sistem penyelesaian sengketa seperti mediasi dan Tribunal Tuntutan Pengguna; dan
d) Memberikan pemahaman tentang hak-hak pengguna yang dilindungi oleh undang-undang, seperti hak untuk mendapatkan maklumat yang tepat, hak untuk memilih, dan hak untuk keselamatan.