10 Oktober 2024 | UPNM - Majlis MoU telah disempurnakan oleh YBhg. Lt Jen Datuk Mardzuki bin Muhammad, Naib Canselor UPNM telah berlangsung secara dalam talian dan disaksikan oleh barisan Pengurusan Tertinggi Universiti serta wakil Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan (FPPP).
 
MoU yang ditandatangani merupakan wadah aspirasi global dalam menerobos sinergi kerjasama dan jaringan antarabangsa antara kedua buah institusi. Skop kerjasama yang telah disepakati adalah meliputi kerjasama penyelidikan, penerbitan dan persidangan, pembangunan dan kualiti akademik, penyeliaan pascasiswazah, mobiliti dan sangkutan pelajar dan pensyarah serta kerjasama tanggungjawab sosial korporat.
 
Inisiatif kerjasama menerusi  jaringan MoU ini memenuhi keperluan visi, misi serta aspek strategik UPNM untuk menjadi sebuah universiti primier dan global di rantau ini.