10 Oktober 2024 | UPNM - YBhg. Lt Jen Datuk Mardzuki bin Muhammad, Naib Canselor UPNM telah merasmikan Ekspo UPNM-InTeLeX 2024 di Dewan Zulfaqar, UPNM. Ekspo ini adalah inisiatif tahunan yang diperkenalkan oleh Pusat Pengajaran dan Pembelajaran (CTL) sempena sambutan bulan akademia di peringkat universiti. Bulan Oktober merupakan Hari Akademia yang disambut pada 5 Oktober setiap tahun. Ekspo ini melibatkan para pensyarah dan juga para pelajar daripada pelbagai Fakulti, Pusat, Jabatan dan Bahagian (FPJB). Turut hadir barisan Pengurusan Tertinggi Universiti.
 
Antara kategori yang dipertandingkan semasa ekspo satu hari ini adalah The Minds of The Future (TnL Reels Competition), Pitching in Teaching and Learning Research, Innovation in Teaching and Learning (Innothon), Micro-Credentials Challenge dan Pocket Talk.