9 Oktober 2024 | UPNM - Bahagian Banduan / Tahanan Radikal dan Berisiko Tinggi, Jabatan Penjara Malaysia (JPM) dengan kerjasama Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan (FPPP) UPNM telah menganjurkan Kolokium Pencegahan Ekstrimisme dan Radikalisme: Jabatan Penjara Malaysia 2024 di Dewan Theaterette, Bangunan Lestari, UPNM.
 
 
Kolokium yang disertai seramai 400 orang peserta yang terdiri daripada pegawai dan staf JPM, kakitangan Agensi Kerajaan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) serta pelajar Universiti Awam (UA) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Haji Abdul Aziz bin Abdul Razak, Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Keselamatan dan Koreksional), JPM. Kolokium ini dibahagikan kepada 4 segmen dengan menampilkan panelis yang berpengalaman di dalam bidang ekstrimisme dan radikalisme. Majlis penutup disempurnakan oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Norhasni binti Zainal Abiddin, Penolong Naib Canselor (Pembangunan dan Kualiti Akademik).