5 Oktober 2024 | UPNM – YBhg. Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) bersama para akademia UPNM telah berkumpul di Auditorium Fakulti Perubatan dan Kesihatan (FPKP) bagi menyertai Majlis Syarahan Za’ba dan Sambutan Hari Akademia Negara Tahun 2024 secara dalam talian. Program anjuran Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Benevolent Malaysia ini merupakan salah satu daripada aktiviti bagi menyemarakkan sambutan Bulan Akademia Tahun 2024 yang bertemakan “Transformasi Akademia dengan Kecerdasan Buatan (AI): Masyarakat MADANI berinovasi”. Program ini disempurnakan lagi dengan Ucaptama: “Menoktah Kemiskinan demi Kesejahteraan Rakyat” oleh YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia. Di antara aktiviti lain yang berlangsung adalah Peluncuran Kempen Guru Bangsa dan Hari Akademia Negara 2024, Sesi Penyampaian Buku “Kemiskinan Melayu dan Pemulihan” serta Sesi Penyampaian Anugerah Akademia Negara Sepanjang Zaman.