3 Oktober 2024 | Berjaya Times Square - YBhg. Lt Jen Datuk Mardzuki bin Muhammad, Naib Canselor UPNM bersama Pengurusan Tertinggi dan kumpulan pensyarah UPNM telah mengadakan lawatan ke Pameran Era Pasca-Normal MADANI (Postnormal Times MADANI Exhibition) anjuran The Centre for Postnormal Policy and Futures Studies (CPPFS) dengan kerjasama  The International Institute of Islamic Thought, East and Southeast Asia bertempat di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur. Pameran ini merupakan salah satu platform pendedahan tentang Zaman Pascanormal (ZPN) yang memaparkan perihal perubahan dunia masa kini. UPNM amat berbesar hati dan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mohamad Fauzan bin Noordin dan Pengasas Utama Pameran, Mr. C Scott Jordan di atas kesudian memberikan penerangan terperinci berkaitan ideologi dan realiti ZPN.

Pameran ini juga turut memainkan peranan penting dalam memaparkan pembangunan kerangka dan visi Malaysia MADANI oleh YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia di bawah enam (6) nilai teras iaitu Kemampanan, Kesejahteraan, Daya Cipta, Hormat, Keyakinan dan Ihsan. Melalui pameran ini, Mr. C Scott Jordan menghidupkan pendekatan MADANI yang merangsang pemikiran seperti klasik, moden, pascamoden dan pascanormal.