17 September 2024 | UPNM - YBhg. Kol Prof. Dr. Khairol Amali bin Ahmad (Bersara) memulakan tugas rasminya sebagai Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UPNM hari ini. Ketibaan TNC (HEPA) di pejabat beliau pagi tadi disambut oleh YBrs. Pn. Fazielah binti Mohamad, Pendaftar, Mej Jen Dato’ Dr. Kwong Fook Wen (Bersara), Penolong Naib Canselor (Jaringan Industri dan Perhubungan Korporat) bersama-sama warga JHEPA. TNC (HEPA) turut menerima nota serah tugas di pejabatnya.
Seluruh warga UPNM mengucapkan selamat menjalankan tugas kepada YBhg. Kol Prof. Dr. Khairol Amali bin Ahmad (Bersara), Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UPNM yang baharu.
Seluruh warga UPNM mengucapkan selamat menjalankan tugas kepada YBhg. Kol Prof. Dr. Khairol Amali bin Ahmad (Bersara), Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UPNM yang baharu.