KUALA LUMPUR: Bersempena dengan Hari Pentadbir Universiti Awam Malaysia yang disambut pada 20 Ogos setiap tahun, Pejabat Pendaftar dengan kerjasama Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas (PERINTIS) UPNM telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari Pentadbir Universiti Awam Malaysia Peringkat UPNM 2024 bertempat di Auditorium, Menara AFFIN@TRX hari ini.
 
Majlis sambutan ini yang dirasmikan oleh YBhg. Prof. Dato' Ts. Dr. Ahmad Mujahid bin Ahmad Zaidi, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) dilaksanakan sebagai pengiktirafan serta penghargaan di atas komitmen dan sokongan berterusan oleh para pentadbir terhadap usaha memperkasakan agenda kecemerlangan UPNM. Pada majlis ini juga, turut diadakan penyerahan Zakat Korporat AFFIN Islamic Bank Berhad berjumlah RM50,000.00 kepada UPNM oleh YBhg. Dato’ Agil Natt, Chairman AFFIN Bank Berhad.
 
 
 
Sambutan Hari Pentadbir Peringkat UPNM diteruskan di sebelah petang dengan pengisian Program Wacana Inspirasi yang disampaikan oleh YM Datuk Dr. Tengku Naufal Tengku Mansor dengan tajuk "Kepimpinan Pentadbir sebagai Pemboleh Daya Kecemerlangan Universiti".
 
Diharapkan sambutan seperti ini menjadi medan penyatuan ahli PERINTIS serta meningkatkan imej profesionalisme sebagai tulang belakang universiti dan seterusnya memberi impak positif kepada seluruh warga universiti.