30 Ogos 2024 - Pagi tadi, YBhg. Lt Jen Datuk Mardzuki bin Muhammad, Naib Canselor telah menyempurnakan simbolik penyerahan bendera UPNM kepada kepada Kontinjen UPNM yang diwakili oleh pelajar atlet Sukan Taekwondo Ashok Varrma A/L Navendran selaku Pembawa Bendera Kontinjen UPNM di Kejohanan SUKIPT 2024 yang bakal berlangsung di Universiti Utara Malaysia (UUM) pada 6 hingga 14 September 2024. Kontinjen UPNM terdiri daripada 231 orang atlet dan diiringi oleh 22 orang pegawai yang akan bertanding dalam 15 jenis acara sukan iaitu Bola Jaring, Bola Sepak, Bola Tampar, Futsal Wanita, Hoki Lelaki & Wanita, Karate, Lawn Bowls, Memanah, Olahraga, Petanque, Ragbi 7‘s, Sepak Takraw, Silat, Taekwondo & Tenis. Seluruh warga UPNM mendoakan agar Kontinjen UPNM mampu melakar prestasi terbaik serta meraih pingat dalam acara yang disertai.
 
Selamat maju jaya dan sukses kepada Kontinjen UPNM!