9 Mei 2024 - Program CollabSphere: ICP – The Government Value-Added Strategy telah dirasmikan oleh YBhg. Prof. Dr. Azlinda binti Azman, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi.
Program ini merupakan julung kali diadakan sempena 18th Defence Services Asia Exhibition and Conference (DSA) & National Security Asia (NATSEC Asia) 2024. Penceramah-penceramah yang dijemput adalah dalam kalangan wakil industri dan universiti awam yang terdiri daripada pembuat dasar, pemberi manfaat luar dan dalam negara serta penerima manfaat.
Forum ini dilaksanakan bagi memberi pendedahan dan perkongsian ilmu berkenaan Program Kolaborasi Industri kepada universiti awam dan industri. Melalui forum ini juga dapat memanfaatkan kekuatan kedua-dua sektor untuk memupuk inovasi, memacu pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan kecemerlangan akademik.
Turut hadir bersama YBrs. Encik Ahmad Rizal bin Adnan, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Jabatan Pendidikan Tinggi, YBhg. Dato' Dr Mohd Sharil bin Abdullah, Pengarah Bahagian Perhubungan Industri, Jabatan Pendidikan Tinggi dan turut dihadiri oleh wakil daripada 20 universiti awam serta wakil industri.