8 Mei 2024 - UPNM telah memeterai menandatangani satu Memorandum Perjanjian (MoA), dua Memorandum Persefahaman (MoU) dan tiga Perjanjian Kerahsiaan (NDA) bersama enam rakan strategik dalam pelbagai bidang yang ditandatangani oleh YBhg. Lt Jen Datuk Mardzuki bin Muhammad, Naib Canselor sempena Pameran 18th Defence Services Asia Exhibition and Conference (DSA) & National Security Asia (NATSEC Asia) 2024 di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC), Kuala Lumpur.
Enam rakan strategik tersebut adalah International Aero Training Academy Sdn Bhd (IATAC), AMP Corporation (M) Sdn. Bhd., Kerajaan Malaysia (Tentera Udara Diraja Malaysia - TUDM),Techdata Systems Sdn. Bhd., JStar Motion Sdn. Bhd. dan Ketech Asia Sdn. Bhd. telah disaksikan oleh YB Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pertahanan dan YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi dan pegawai tertinggi yang lain.
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi juga turut meluangkan masa melawat Pavilion UPNM serta Pavilion UA lain yang terlibat di Aras 3, MITEC.