26 Mac 2024 – Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) dengan kerjasama Pusat Kepimpinan dan Pembangunan Profesional UPNM telah menerima lawatan program pertukaran pelajar dari United States Air Force Academy (USAFA) ke UPNM. Program ini melibatkan 3 orang Pegawai Kadet USAFA.
 
USAFA telah membuat kunjungan hormat kepada Naib Canselor yang diketuai oleh MAJ James A. Klinedinst selaku Pegawai Pengiring kadet USAFA. Taklimat UPNM kepada delegasi USAFA telah disampaikan oleh Mejar Jeneral Dato' Dr. Kwong Fook Wen (Bersara) Pengarah Kanan, Pejabat Penolong Naib Canselor (Jaringan Industri dan Perhubungan Korporat).
 
 
 
Objektif program The 2023 United States Air Force Academy (USAFA) Exchange adalah meneruskan hubungan baik dan pertukaran pengalaman antara USAFA ,UPNM dan ALK. Program ini berlangsung selama 6 hari bermula 26 - 31 Mac 2024. Antara pengisian program adalah lawatan ke Institut Perubatan Penerbangan, Pangkalan Udara Subang,  lawatan ke Muzium Tentera Darat dan program kepimpinan di Pusat Latihan Kepimpinan UPNM Kem Kongkoi.